Tular Foto Notis Dari Mahkamah Sepang, Butik Vivy Yusof Di IOI City Mall Ditutup Gara-Gara Tak Bayar Sewa Berjumlah RM67,872?

Trending

Tular Foto Notis Dari Mahkamah Sepang, Butik Vivy Yusof Di IOI City Mall Ditutup Gara-Gara Tak Bayar Sewa Berjumlah  RM67,872?

Drama perniagaan milik Datin Vivy Yusof sekali lagi menjadi tumpuan dan bualan selepas tular foto memaparkan notis di salah satu butik miliknya di pusat beli belah IOI City Mall.

Vivy Yusof fan Fadza Anuar akan didakwa

Advertisement

Dokumen itu dikeluarkan oleh Mahkamah Sesyen Sepang dan ia tertera notis tunggakan sewa berjumlah RM67,872 bagi tempoh dua bulan yang kini sudah dibawa kepada tindakan undang-undang oleh pihak pusat beli belah itu.

Berdasarkan dokumen yang tular, butik yang diuruskan oleh SITCA Designs Sdn Bhd—dilaporkan berkaitan jenama terkenal Vivy Yusof—telah gagal melunaskan sewa selama dua bulan, Oktober hingga November 2024.

Kerana tunggakan tersebut, pihak IOI City Mall telah mengambil langkah drastik dengan permohonan Writ Distress.

Jumlah tersebut menimbulkan pelbagai persoalan netizen dan turut menjadi bualan hangat di media sosial. Ramai yang tertanya tentang harga sewa premis-premis pusat beli belah yang lebih eksklusif seperti Pavilion dan TRX.

Ada juga yang memberi komen sinis terhadap jenama itu serta pemiliknya, Vivy apatah lagi usahawan itu didakwa melakukan pecah amanah membabitkan dana pelaburan Khazanah dan PNB.

komen netizen komen netizen komen netizen komen netizen

vivy yusof terharu kenalan hantar beef wellington
1 week ago

Akaun Dibeku SPRM, Vivy Yusof Terharu Kenalan Hantar Makanan Kegemarannya Beef Wellington - “We Had Zero...”

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : X

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...