Tular Foto Gigih Bekerja Walau Sudah Berusia, Ustaz Ebit Lew Kongsi Kisah Aunty FoodPanda

Hiburan

Tular Foto Gigih Bekerja Walau Sudah Berusia, Ustaz Ebit Lew Kongsi Kisah Aunty FoodPanda

Pendakwah bebas yang terkenal dengan sifat dermawannya iaitu Ustaz Ebit Lew, tampil bertemu dengan seorang wanita tua, Christine Ti, yang kini berkhidmat sebagai penghantar makanan di Kuala Lumpur.

Advertisement

Menurutnya, ketika awal Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP), Christine telah kehilangan kerja sebagai seorang penulis di salah sebuah syarikat majalah berbahasa Inggeris.

Rentetan itu, beliau kini terpaksa bekerja sebagai penghantar makanan bagi menampung keperluan hidup.

Ebit yang sebelum ini sering menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan turut melakukan perkara yang sama kepada Christine di mana beliau telah membantu membaiki kereta Perodua Kancil lama yang digunakan wanita itu untuk berkhidmat sebagai penghantaran makanan.

Ujar Ebit lagi, wanita tersebut juga sahaja kehilangan ibu tercinta dan kini hanya tinggal bersama adiknya. Malah, Ebit juga tidak ketinggalan memaklumkan dirinya turut menyalurkan sumbangan wang ringgit untuk dibuat belanja.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya sedih dengan nasib yang menimpa wanita itu. Bahkan, pendakwah itu juga turut mendapat kata pujian daripada warganet kerana tidak berkira dalam menghulurkan pertolongan kepada orang ramai.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...