Tular Foto Didakwa Mayat Zayn Rayyan, Polis Cari Dalang Yang Menyebarkannya

Berita

Tular Foto Didakwa Mayat Zayn Rayyan, Polis Cari Dalang Yang Menyebarkannya

Semalam, kecoh di media sosial susulan tularnya foto didakwa keadaan mayat kanak-kanak autisme, Allahyarham Zayn Rayyan dan disebabkan itu, pihak Polis Selangor akan membuka kertas siasatan.

Tular foto mayat Zayn Rayyan

Dapat dilihat gambar yang tular itu, kelihatan keadaan mayat yang dipercayai di dalam proses bedah siasat dimuat naik di aplikasi Telegram milik Edisi Siasat.

Advertisement

zayn rayyan

Namun begitu, tidak dapat dipastikan sama ada foto terbabit merupakan keadaan sebenar mayat arwah Zayn seperti didakwa pemilik akaun Telegram terbabit.

Polis cari dalang yang menyebar

Difahamkan dari penjelasan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, pihaknya kini sedang mencari dalang disebalik penyebaran yang didakwa sebagai bahan bukti kes itu.

ker

Sebelum ini, ibu bapa Zayn Rayyan didakwa di Mahkamah Seksyen atas tuduhan mengabaikan dengan kemungkinan menjadi punca kanak-kanak autisme itu cedera.

Tetapi dakwaan tersebut dinafikan oleh kedua-dua pihak dan mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dikemukakan di hadapan Hakim Dr Syahliza Warnoh.

Peguam ibu bapa zayn rayyan
4 weeks ago

"Saya Tidak Lagi Mewakili Ibu Bapa Kes Pemb*nuhan Zayn Rayyan Mulai Hari Ini" - Peguam

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...