Sebelum ini, kecoh tentang akaun TikTok yang baru dibuat dan individu di sebalik akaun tersebut telah membuat banyak hantaran tentang pempengaruh dan usahawan, Jofliam dan Dewi.
Dalam salah satu hantaran yang baru, @riyadhaykla telah berkongsi sekeping foto dan mendakwa dua individu di dalam gambar itu adalah Jofliam dan Dewi.
Kelibat dua individu didakwa Jofliam dan Dewi itu dikatakan dilihat berada di perkarangan Pejabat Agama Gombak dan didakwa telah bernikah.
Laa baru nak nikah ke? Selama ini yang di rumah bermesraan itu apa? M*ksiat ke?
Dalam pada itu, individu terbabit turut mempersoal mengapa Jofliam dan Dewi baru kini mahu menghalalkan hubungan yang dibina dan adakah kerana perbuatan mereka sudah kantoi dengan netizen.
Kami bukan Tuhan. Selama ini Allah duk nampak perbuatan tak senonoh korang ada korang takut tak?
Ketika artikel ini ditulis, masih tiada apa-apa update daripada Jofliam dan Dewi dan sama ada dakwaaan bahawa mereka sudah bernikah itu benar.
Wallahualam.