Perkongsian seorang individu yang memaparkan tangkap layar perbualannya bersama ketika mahu mencari rumah sewa mendapat perhatian netizen.
Menerusi hantaran itu, dia berkongsi mesejnya bersama seorang individu dipercayai ejen hartanah yang berurusan dengannya.
Berdasarkan mesej tersebut, dia dilihat meminta breakdown bagi kos sewaan rumah yang disewakan sebanyak RM2,000 sebulan itu.
Namun apa yang mengejutkan apabila agent fee yang dikenakan tidak masuk akal apabila dia melebihi harga sewaan rumah tersebut.
Bayaran diminta ejen itu termasuk sebulan sewa iaitu RM2,000 berserta 8 peratus SST dan kesemuanya berjumlah RM2,160.
Saya tertanya, ini legal ke? Saya cuma nak cari tempat untuk sewa dan tengoklah agent fee itu. Kenapa kena bayar agent fee sebanyak itu?
View on Threads
Hantaran itu mendapat pelbagai komen daripada netizen di mana rata-ratanya berkata apa yang dilakukan ejen tersebut adalah salah di sisi undang-undang.
Dalam pada itu, ramai turut berkata bayaran untuk perkhidmatan ejen sepatutnya ditanggung oleh tuan rumah dan bukanlah penyewa.
Netizen turut mencadangkan agar individu terbabit membuat laporan kerana tindakan ejen tersebut yang dipercayai cuba ‘makan’ duit kedua-dua belah pihak, tuan rumah dan penyewa.