Tular Ditangkap Berbogel Dengan Ibu Mentua, Lelaki Dakwa Cerita Tak Benar Tapi Netizen Tak Percaya – “Air Matanya Kok Nggak Ada?”

Trending

Tular Ditangkap Berbogel Dengan Ibu Mentua, Lelaki Dakwa Cerita Tak Benar Tapi Netizen Tak Percaya – “Air Matanya Kok Nggak Ada?”

Sebelum ini, tular cerita dari negara seberang tentang seorang suami yang kantoi curang malah didakwa turut melakukan hubungan seks bersama ibu mentuanya sendiri.

Pendedahan tersebut dibuat oleh isterinya, Norma Risma menerusi rakaman di TikTok di mana dia membongkar suaminya ditangkap berdua-duaan dengan ibu mentua di rumah sewa.

Advertisement

Kisah itu tular sehingga ke Malaysia dan lelaki bernama Rozy tersebut serta ibu mentuanya teruk dikecam oleh netizen gara-gara luahan Norma.

Terbaru, Rozy telah tampil menafikan tuduhan tersebut dan menjelaskan situasi sebenar ketika muncul dalam satu program bual bicara di Indonesia

Jelasnya, semua cerita yang tular di media sosial banyak bercanggah sehingga membuatkan dia malu dan tertekan kerana tidak sangka bekas isteri sanggup mengaibkan dirinya.

Rozy mengaku telah ditangkap berduaan dengan ibu mentua di rumah sewa tetapi mereka tidak berzina seperti yang diperkatakan.

Tambahnya, ketika kejadian dia hanya mahu meluahkan tentang masalah rumah tangga yang dihadapi kepada ibu mentuanya.

Baru je bercakap 5 minit saya ke tandas. Saya keluar daripada tandas tiba-tiba ada orang serbu dan tuduh macam-macam. Saya jadi panik. Masa tu ibu mentua ada di bilik (baru habis solat).”

Menjawab tentang dakwaan ibu mentua dalam keadaan tanpa seurat benang ketika ditangkap, Rozy berkata ia sama sekali tidak benar.

Pintu rumah pula tidak berkunci ketika itu dan mereka berdua juga tidak diarak sekeliling kampung seperti yang tular.

Tambah Rozy, dia dan isteri membuat keputusan untuk bercerai selepas kejadian itu dan Norma turut meminta denda sebanyak Rp50 juta.

Dalam pada itu,bekas isterinya dikatakan ada meminta rujuk selepas insiden tersebut tular namun dia menolak kerana sudah dimalukan sedemikian rupa.

Sementara itu, ramai wargenet Indonesia seperti tidak percaya dengan ceritanya dan mempersoal di mana air mata yang tidak keluar meskipun dia beria-ia menangis bercerita.

1 year ago

Baru Kahwin 3 Hari, Lelaki Ditangkap Basah Dengan Ibu Mentua Tanpa Seurat Benang - "Pernah Kantoi Berbalas Mesej Lucah"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Suara.com

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...