Cadangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk membina bangunan sekolah setinggi antara 10 hinaa 17 tingkat di sekitar ibu negara meraih perhatian masyarakat.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Zaliha Mustafa, cadangan tersebut akan dikemukakan pihaknya kepada Kementerian Pendidikan.
Hal tersebut telah menjadi bualan ramai di laman sosial X dan netizen telah memberi idea agar kerajaan mempertimbangkan menjadikan pusat beli belah yang sendu kepada sekolah atau pusat pengajian.
Netizen berpendapat idea untuk membina bangunan sekolah sehingga 10 tingkat atau lebih kurang praktikal kerana memikirkan beberapa kemungkinan yang boleh berlaku seperti masalah lif rosak.
(Nanti) budak budak kena mendaki 17 tingkat bawa pula beg sekolah 15kg dengan kain baju kurung.
Ramai bersetuju dengan cadangan agar pusat membeli belah yang kurang pengunjung dan sendu ditukarkan menjadi sekolah.
Ambillah mall mall sendu jadi sekolah. Parking dah ada.
Netizen juga berkata ia idea yang bagus kerana sudah tentu pusat beli belah sudah mempunyai kemudahan seperti tandas dan pawagam pula boleh dijadikan bilik kuliah besar.
Malah, ada yang berkata pusat beli belah yang besar mungkin boleh memuatkan sekali gus sekolah rendah dan menengah.
Bagaimanapun, sesetengah netizen berasa hal tersebut sukar untuk dijadikan kenyataan atas beberapa faktor seperti isu pemilikan tanah, kos sewa dan konflik dengan pihak developer.
Apa pendapat korang?
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.