Lebih 200 individu hadir untuk mendermakan darah di Pusat Derma Darah Hospital Raja Perempuan Bainun, Ipoh selepas tular di media sosial bahawa darah diperlukan bagi membantu pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terselamat daripada nahas bas di Gerik, Perak baru-baru ini.
Kesemua mangsa yang terselamat kini sedang menerima rawatan dan hantaran tentang darah diperlukan itu diuar-uarkan di media sosial dan telah meraih perhatian masyarakat.
Menerusi video dikongsikan, dapat dilihat pusat derma darah itu dipenuhi dengan orang awam yang datang dengan satu niat yang sama, untuk mendermakan darah dengan harapan dapat membantu semua pesakit yang memerlukan.
View on Threads
Ramai netizen akui sebak namun pada masa yang sama gembira apabila melihat rakyat saling membantu dalam situasi yang mendesak tidak kira bangsa dan agama.
Orang Malaysia memang baik hati, bangga jadi rakyat Malaysia.
Netizen turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang sanggup menderma darah dan berkata mereka bukan sahaja menyelamatkan satu nyawa tetapi mungkin ramai lagi.
Dalam pada itu, ada juga yang meluahkan rasa sedih kerana tidak dapat membantu meskipun mereka ingin menderma darah disebabkan lokasi yang jauh.
@amira7sa Setiap amal kebaikan yg kita lakukan hari ini adalah bekalan berharga menuju syurga abadi 🤍 #dermadarah #kemalanganupsi #upsiberduka ♬ original sound – Amira 🦋