Tular Dakwaan ‘Tok Penghulu’ Asingkan Barang Bantuan Banjir, Penggawa Tumpat Beri Penjelasan – “Tindakan Penghulu Betul..”

Kehidupan

Tular Dakwaan ‘Tok Penghulu’ Asingkan Barang Bantuan Banjir, Penggawa Tumpat Beri Penjelasan – “Tindakan Penghulu Betul..”

Semalam, tular di platform TikTok memaparkan luahan rasa kesal seorang mangsa banjir yang mendakwa ‘tok penghulu’ di kawasannya itu telah mengagihkan barangan bantuan yang diberikan oleh pempengaruh, Khairul Aming tidak adil.

Bagaimanapun, melalui laporan Sinar Harian, Penggawa Jajahan Tumpat, Abdullah Farizal Mohd Asri, tampil memberi penjelasan atas dakwaan yang dibuat oleh mangsa banjir itu.

Advertisement

Menurutnya, tindakan mengasingkan barangan bantuan adalah tindakan yang betul dilakukan oleh tok penghulu itu dan perkara tersebut dilakukan agar pengagihan lebih adil buat penghuni PPS.

Nampak barangan sumbangan banyak tetapi apabila dibahagi kepada jumlah mangsa banjir yang ada, mungkin akan dapat sedikit.

Tambahan Abdullah lagi, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) biasanya tidak tahu jumlah bantuan yang dihulurkan untuk penghuni PPS, jadi mengasingkan bantuan itu atas tujuan agar mangsa mendapat bahagian yang mencukupi.

makanan dicatu
19 hours ago

"Kad Ditanda Tapi Barang Tak Dapat.." - Catu Barang Bantuan Khairul Aming, Mangsa Banjir Kesal 'Tok Penghulu' Pecah Amanah?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...