Tular Dakwaan Rumah Rebecca Nur Al Islam Dilelong Hampir RM2.9 Juta Di Ampang

Hiburan

Tular Dakwaan Rumah Rebecca Nur Al Islam Dilelong Hampir RM2.9 Juta Di Ampang

Tular di media sosial hari ini mengenai iklan lelongan sebuah kediaman mewah yang didakwa milik pelakon dan usahawan, Rebecca Nur Al Islam.

Menerusi hantaran yang dikongsi di laman X dan Facebook, iklan berkenaan memaparkan makluman bahawa rumah tersebut yang dikatakan milik Rebecca akan dilelong bermula 12 November dengan harga tawaran RM2.9 juta, berbanding nilai asal RM4.5 juta.

Advertisement

Rumah Rebecca Nur Al Islam

Rumah Rebecca Nur Islam akan dilelong bank pada 12 November.
Bank value RM4.5 juta, harga lelong esok RM2.9 juta.
Rumah tiga tingkat, ada kolam renang, terletak di Ampang.

Maklumat tersebut turut tersebar luas di Facebook, dengan ramai netizen mendakwa kediaman itu memang milik pelakon berkenaan, meskipun tiada pengesahan rasmi dibuat setakat ini.

Difahamkan, rumah mewah tersebut merupakan banglo tiga tingkat yang terletak di Ampang, Selangor, dengan keluasan sekitar 8,224 kaki persegi dan dilengkapi kolam renang peribadi.

Setakat ini, Rebecca Nur Al Islam belum memberikan sebarang kenyataan berhubung dakwaan rumahnya dilelong, namun isu ini terus menjadi topik hangat perbualan warganet di media sosial.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Zarina Anjoulie
2025-11-12 13:27:42

"Semua Dah 'Start' Goyang, Takut Nama Kena Petik, Kau Sabar Jap" - Anju Bakal Dedah Sisi Gelap Dunia Selebriti?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...