Baru-baru ini, tular video di negara seberang memaparkan sebuah kereta jenis BMW berwarna putih kerana nombor plat ‘N 3 NEN’ dan ia telah mencetus pelbagai reaksi di media sosial.
Rakaman itu mula tersebar dan tular pada 16 Februari dan kereta itu dirakam sedang melalui Jalan Soekarno-Hatta, Malang dan maksud nombor plat tersebut yang membuatkan ia meraih perhatian.
‘N 3 NEN’ dipercayai membawa maksud ‘Nenen’ merupakan perkataan yang kurang sopan bukan sahaja di Indonesia tetapi juga Malaysia kerana ia bermaksud ‘menyusukan’.
View this post on Instagram
Menurut Kumparan News, pemandu BMW tersebut yang dikenali sebagai Rasya Salikha, 22, telah pun disoal siasat dan mengakui nombor plat tersebut adalah palsu.
Kata wanita muda itu, kereta tersebut adalah milik rakannya dan dia telah ditahan oleh anggota polis trafik ketika sedang memandu BMW terbabit.
Selepas diperiksa, polis mendapati nombor plat sebenar kereta mewah terbabit adalah ‘N 1699 ABG’ namun Rasya berkata dia dia sengaja menukarkan kepada ‘N 3 NEN’ untuk membuat konten video TikTok.
Saya mengaku nombor plat itu tidak sopan. Saya benar-benar mohon maaf atas tindakan saya dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan yang sama.
Disebabkan itu, Rasya telah dikenakan denda sebanyak 500,000 Rupiah (kira-kira RM137) dan diarahkan untuk meletakkan semula nombor plat yang asli secepatnya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.