Tular Berita Agnez Mo Maut & Dibunuh Rakan Sendiri Di Amerika Syarikat, Tapi Rupa-Rupanya…

Hiburan

Tular Berita Agnez Mo Maut & Dibunuh Rakan Sendiri Di Amerika Syarikat, Tapi Rupa-Rupanya…

Gempar di Indonesia selepas penyanyi berasal dari negara itu yang telah melebarkan sayap di Amerika Syarikat, Agnez Mo dilaporkan meninggal dunia.

Berita itu tersebar dengan cepat selepas klip video dimuat naik di Youtube tular mengatakan pelantun lagu Teruskanlah tersebut maut akibat dibunuh rakannya sendiri.

Advertisement

Video itu dimuat naik dengan tajuk ‘Agnesmo Dies in America After Being Killed By His Own Friend’ dan ia telah meraih ribuan tontonan hanya dalam tempoh kurang 24 jam.

pemakaman

Rakaman itu mempamerkan suasana di sebuah rumah yang didakwa merupakan lokasi penemuan mayat penyanyi berkenaan.

Lebih membuatkan peminat cemas adalah kerana Agnez Mo sendiri sudah agak lama tidak mengemas kini hantaran di Instagram peribadinya ketika itu.

Bagaimanapun, apabila berita itu menjadi bualan di internet media memakumkan bahawa ia sama sekali tidak benar dan foto lelaki yang didakwa suspek pembunuhan merupakan pesalah kes jenayah dadah.

Malah, foto Agnez Mo yang berada di depan keranda ketika pemakanan itu juga disunting dan informasi yang tersebar meluas tersebut adalah palsu.

Bukan itu sahaja, mangsa sebenar yang meninggal dunia di dalam video tersebut memang telah dibunuh tetapi mendiang adalah wanita yang kebetulan mempunyai nama gelaran Agnes Mo.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

12 months ago

"Kami Yakin Baju Kamu Di Syurga Lebih Indah..." - Pasangan Indonesia Cat Kubur Anak Tema Hello Kitty Buat Ramai 'Bingung'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Liputan6

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...