Pada hujung minggu lalu kebanyakkan lebuhraya di seluruh negara sesak akibat orang ramai yang berpusu-pusu pulang ke kampung bagi menyambut hari raya Aidiladha. Pastinya ramai yang mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung halaman kerana pada hari raya Aidilfitri yang lalu tidak dapat berbuat demikian akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Namun, apa yang menarik perhatian apabila tular sekeping gambar yang menunjukkan beberapa individu sedang menunaikan solat di bahu jalan lebuh raya berhampiran Lebuhraya Pantai Timur (LPT).
Perkara ini dikatakan berlaku berikutan kesesakan jalan raya yang teruk sehingga berbelas jam sehingga mencetuskan perdebatan di Twitter.
Ada yang mempersoalkan tidak cukupkah fasiliti di Kawasan Rehat dan Rawat (RNR) sehingga menyebabkan ada yang sanggup membahayakan diri dan orang lain dengan menunaikan solat di tepi lebuh raya.
Ada di antara mereka yang tampil menceritakan tentang kejadian berlaku itu adalah ketika solat subuh yang mana tidak boleh diqada. Oleh kerana jalanraya yang sesak, maka menyebabkan mereka tiada pilihan lain.
Namun, ada juga yang memberitahu perbuatan tersebut adalah berbahaya dan boleh mendatangkan kesusahan pada orang lain. Keadaan lebuh raya yang hiruk pikuk juga boleh menyebabkan solat tidak khusyuk.
Walau apapun, pastinya setiap pihak mempunyai alasan mereka sendiri dalam tindakan yang dilakukan. Namun, keselamatan diri dan orang lain tetap perlu dijaga supaya tidak mengakibatkan kemalangan atau lebih teruk lagi kehilangan nyawa.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.