Tular baru-baru ini tentang pengakuan seorang pelakon lelaki yang mendedahkan bahawa dirinya jarang penuh solat lima waktu dan cuba mendapatkan pahala dengan cara lain.
Pendedahan tersebut meraih perhatian ramai di mana rata-ratanya mengkritik selebriti lelaki berkenaan kerana apa yang dikatakannya itu.
Masih ingat dengan lirik lagi ini? – “Walaupun hidup seribu tahun, kalau tak sembahyang apa gunanya…”
Begitulah lebih kurang respon diberikan oleh pendakwah bebas terkenal, Ustaz Azhar Idrus baru-baru ini ketika dia menjelaskan tentang perkara terbabit menerusi sesi soal jawab di kuliah agamanya.
Selepas membaca soalan yang diajukan tersebut, Ustaz Azhar Idrus terus memberikan jawapan yang padat dan mudah difahami.
“Ada seorang hamba (Allah) ni cakap dia jarang solat. Tapi katanya sebab ada cara lain nak dapatkan pahala, tambahan katanya, tak semestinya orang yang solat penuh tu dapat masuk syurga. Apa pendapatnya (ustaz)?”
Ada orang kata kalau kita solat tak cukup tak apa, ada cara lain nak dapatkan pahala. Jawapannya, betul. Tetapi, pahala yang lain tidak dikira apabila jika tidak sempurna sembahyang.”
Jelasnya lebih lanjut, kewajipan untuk setiap umat Islam agar menunaikan solat fardu sudah dijelaskan menerusi peristiwa isra’ dan mikraj.
Tambahnya, ibadah solat fardu itu sangatlah penting dan buktinya adalah ia merupakan perkara pertama yang disoal kepada kita ketika hari pembalasan.
Kalau solatnya cukup, barulah elok amalannya yang lain. Kalau solatnya tak cukup atau tak solat, maka tidak ada dikira amalannya yang lain. Tiang agama adalah solat.”