Sehingga ke hari ini sudah beberapa video lama pasangan pempengaruh Alif Teega dan Aisyah Hijanah tular kembali selepas mereka mengesahkan tentang isteri kedua, Fatin Umaidah.
Terbaru, satu lagi video lama yang pernah dimuat naik oleh Aisyah beberapa tahun lalu tular di aplikasi X dan ia membuatkan ramai warganet menjadikannya sebagai pengajaran.
Menerusi rakaman itu, Aisyah menjawab soalan daripada seorang anonymous di Instagram tentang cara mendapatkan suami seperti Alif Teega.
Bukan soalan itu yang mendapat perhatian warganet tetapi sebaliknya cara Aisyah memberikan respon sambil bergurau dan tertawa.
Jadilah madu saya.
bayangkan sebenarnya fatin umaidah ni dah lama mintak permission hmz wkwkwkwkw pic.twitter.com/G12LL3jEcQ
— perols. (@Afirhuls) November 29, 2023
Meskipun ia video yang sudah begitu lama namun ramai individu bermuhasabah agar mengeluarkan kata-kata yang baik meskipun ia sekadar gurauan.
Namun, segelintir warganet pula memerli dan berkata mungkin individu yang bertanya soalan berkenaan adalah Fatin Umaidah.
Dalam pada itu, sesetengah individu sempat berpesan kepada pasangan suami isteri lain untuk ambil iktibar daripada kisah mereka ini agar tidak mempamerkan kemesraan di media sosial.