Tular 3 Budak Duduk Atas Tingkap Kereta, Pemandu Ditahan Polis

Berita

Tular 3 Budak Duduk Atas Tingkap Kereta, Pemandu Ditahan Polis

Ketika zaman kanak-kanak, banyak perkara seronok yang kita ingin lakukan biarpun ianya membahayakan diri. Tetapi sebagai orang dewasa, jika terlihat perkara yang dilakukan boleh membahayakan diri, maka perlulah dihalang.

Seperti baru-baru ini, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasa Trafik (JSPT) ada memuat naik semula video yang tular itu di laman Facebook memaparkan tiga kanak-kanak sedang duduk di atas tingkap kereta Perodua Alza ketika kereta terbabit sedang laju bergerak.

Advertisement

Menerusi laporan dari wartawan Mohd Redzuan Abdul Manap di Twitter, pihak polis telah menahan pemandu yang memandu kereta Perodua Alza yang dipercayai membawa tiga orang kanak-kanak di dalam bahaya di Jalan Reko Kajang.

Melalui hantaran itu, JSPT berkata akan menyiasat pemandu terbabit di bawah Seksyen 336 Kanun Keseksaan (Akta 574) – Perbuatan yang membahayakan nyawa atau keselamatan orang lain dan Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001 – Penganiayaan, pengabaian ke atas kanak-kanak.

Tindakan undang-undang boleh dikenakan terhadap pemandu dan ibu bapa/ penjaga tersebut jika berlaku kecuaian.

Di samping itu, JSPT turut memberi peringatan kepada orang ramai yang memandu kereta supaya sentiasa memastikan keselamatan anak-anak mereka.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

Isteri 'ditingal' suami di stesen minyak
3 years ago

"Sedap Dia Pulas Minyak.." Suami Konfiden 'Tinggal' Isteri Lepas Isi Minyak, Ramai Netizen Terhibur

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Lobak Merah

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...