Tulang Rusuk Wanita China Patah Disebabkan Penggunaan Pelindung Matahari Berlebihan

Trending

Tulang Rusuk Wanita China Patah Disebabkan Penggunaan Pelindung Matahari Berlebihan

10 tulang rusuk seorang wanita China didakwa patah semasa batuk akibat kekurangan vitamin D disebabkan menggunakan cecair pelindung matahari secara berlebihan.

Wanita berusia 20 tahun itu berasal dari wilayah Zhejiang, di timur China, mula mengalami batuk-batuk setelah menarik keluar tikar untuk tidur di waktu malam dan berlanjutan beberapa hari.

Advertisement

Walaupun pada mulanya doktor mendiagnosis bahawa dia mengalami alergi lelah, batuk teruk yang dialami seterusnya mendedahkan keadaannya yang lebih membimbangkan. Setelah batuk selama beberapa hari, Xiao Mao (nama samaran yang digunakan pihak media di China) mengalami kesakitan teruk di bahagian kiri dadanya. Pemeriksaan doktor mendapati kesakitan yang dialami olehnya disebabkan oleh tulang rusuk yang patah.

Merasa terganggu dengan punca sebenar kesakitan yang dialami oleh Xiao Mao, doktor melakukan beberapa ujian lanjutan dan mendapati kepadatan tulang Xiao Mao kurang dari kepadan tulang purata wanita China seusianya. Dia juga didapati kekurangan vitamin D, serta kekurangan paras kalsium dan fosforus dalam darah pada tahap kritikal.

Wanita berusia 20 tahun itu kemudiannya memberitahu doktor bahawa untuk mengelakkan kulitnya menjadi kecoklatan, dia biasanya akan duduk saja dalam rumah dan menggunakan cecair pelindung matahari SPF 50 sepanjang tahun bila saja dia keluar.

Obsesi China dengan kulit yang putih pucat didokumentasi dengan baik dan sudah berlangsung sejak zaman silam, malah dikaitkan dengan kemewahan. Masyarakat kelas bawahan di kampung-kampung berjemur untuk bertani, manakala masyarakat kelas atasan yang kaya raya biasanya berkulit putih.

Doktor Xiao Mao memberitahu pemberita China bahawa tabiat kosmetik sehari-hari wanita itu ialah sebab paling mungkin menyebabkan 10 tulang rusuknya patah.

Doktor menambah, wanita seusia dengan Xiao Mao boleh menyerap jumlah vitamin D yang diperlukan hanya dengan mendedahkan kulit pada cahaya matahari selama 20 minit tiga kali seminggu, tetapi disebabkan menggunakan pelindung suria secara berlebihan, tidak cukup vitamin D dapat disintesiskan oleh badannya.

Seperti laporan Asia One, isu ini agak menimbulkan kontroversi, kerana walaupun beberapa kajian mengesahkan kenyataan doktor itu, ada bebarapa kajian menunjukkan penggunaan pelindung matahari tidak mengurangkan keupayaan badan untuk mensintesis vitamin D. –amazingnara.com

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...