Tulang Punggung Retak Akibat Jatuh Ketika Ambil Wudhu, Roy Masih Belum Boleh Bangun

Hiburan

Tulang Punggung Retak Akibat Jatuh Ketika Ambil Wudhu, Roy Masih Belum Boleh Bangun

Penyanyi Roy dilaporkan telah mengalami kecederaan yang agak serius setelah terjatuh ketika mengambil wudhu tiga minggu yang lalu.

Penyanyi lagu Ratnaku itu difahamkan masih tidak dapat bangun kerana patah tangan kiri dan retak tulang punggung selain sambungan tulang bahunya turut retak dan terkehel.

Advertisement

Perkara tersebut dimaklumkan isteri Roy iaitu Haslinda Abdul Rahman di mana dia memberitahu bahawa Roy masih terlantar selepas dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, salah seorang sahabat penyanyi senior itu iaitu Syahril A. Kadir turut berkongsikan mengenai keadaan terkini dirinya yang kini masih berada di hospital menerusi sebuah perkongsian di Facebook miliknya.

ROySumber : Google  

Kata Haslinda lagi, Roy masih ditahan di KPJ Tawakal Kuala Lumpur bahagian rehabilitasi dan memerlukan masa beberapa minggu lagi untuk pulih daripada kecederaan yang dialami.

Dia masih lagi ditahan di KPJ Tawakal KL. Roy masih tak boleh bangun. Kaki kiri dan tangan kiri tak boleh bergerak sebab tulang punggung retak dan tangan patah. Keadaannya sedar dan boleh bercakap. Ambil masa 3 hingga 6 bulan untuk pulih.

Sekitar Januari lalu, Roy pernah dijangkiti COVID-19 tahap empat dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.

Setelah seminggu menjalani rawatan, dia kembali sembuh dan meneruskan kerjayanya sebagai seorang penyanyi ‘buskers’ di sebuah pusat beli-belah di Setiawangsa.

Roy
3 years ago

"Doakan Saya Sembuh.." Roy Lefthanded Dimasukkan Ke Wad Gara-Gara Jangkitan Kuman Pada Paru-Paru

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...