Penyanyi Roy dilaporkan telah mengalami kecederaan yang agak serius setelah terjatuh ketika mengambil wudhu tiga minggu yang lalu.
Penyanyi lagu Ratnaku itu difahamkan masih tidak dapat bangun kerana patah tangan kiri dan retak tulang punggung selain sambungan tulang bahunya turut retak dan terkehel.
Dalam pada itu, salah seorang sahabat penyanyi senior itu iaitu Syahril A. Kadir turut berkongsikan mengenai keadaan terkini dirinya yang kini masih berada di hospital menerusi sebuah perkongsian di Facebook miliknya.
Kata Haslinda lagi, Roy masih ditahan di KPJ Tawakal Kuala Lumpur bahagian rehabilitasi dan memerlukan masa beberapa minggu lagi untuk pulih daripada kecederaan yang dialami.
Dia masih lagi ditahan di KPJ Tawakal KL. Roy masih tak boleh bangun. Kaki kiri dan tangan kiri tak boleh bergerak sebab tulang punggung retak dan tangan patah. Keadaannya sedar dan boleh bercakap. Ambil masa 3 hingga 6 bulan untuk pulih.
Sekitar Januari lalu, Roy pernah dijangkiti COVID-19 tahap empat dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.
Setelah seminggu menjalani rawatan, dia kembali sembuh dan meneruskan kerjayanya sebagai seorang penyanyi ‘buskers’ di sebuah pusat beli-belah di Setiawangsa.