Tulang Belakang Dah Tahap Kritikal, Jangan Ambil Remeh Jika Anak Pernah Jatuh

Trending

Tulang Belakang Dah Tahap Kritikal, Jangan Ambil Remeh Jika Anak Pernah Jatuh

jatuh-630x365

Saat seseorang yang bergelar ibu pastinya mengalami satu pengalaman yang menyeronokkan apabila anak yang kecil mulai membesar dengan normal seperti kanak-kanak yang lain. Mula merangkak dan akhirnya mampu berdiri dan berjalan.

Tak dapat dinafikan sepanjang tumbesaran si kecil ini, macam-macam ‘kemalangan’ kecil boleh terjadi contohnya terjatuh, terlentang dan banyak lagi.

Advertisement

Baca perkongsian ibu ini tentang bahayanya jika anak anda pernah terjatuh ketika kecil.

Anak Ada Masalah Tulang Belakang

jln1

Salam. Saya nak kongsi 1 perkara. Ada anak pernah tjatuh dr katil masa umurnya 5 bulan. Ya, bergolek merangkak atas tubuh ibunya yg sedang tidur mati dek kepenatan di siang hari. Slpas jatuh, ibu ini dapati pergerakan anaknya normal pada pandangannya. Mampu merangkak dan bjalan pada usia 12 bulan. Tapi,bila dah setahun, anak ini hadapi masalah payah nk poo poo. 4@ 5 hari, sekali sahaja dpt poo poo. Itu pun poo poo sambil mnangis2. Ibu ayahnya ikhtiar suapkan buah-buahan, bg air sprti vitagen, air delima,tp hasilnya,masih xmampu poo poo dgn kerap. Setelah itu, anak ini(kini berusia 1y 8m) telah ditegur oleh seorang tukang urut yang berpengalaman,katanya anak ini ada masalah tulang belakang. Simtom yg diberitahu oleh tukang urut berpengalaman tersebut adalah ; adakah anak pernah terjatuh(cth:katil,buai,dari dokongan orang,semasa naik walker) ,adakah anaksusah untuk buang air besar,najisnya keras, ada timbul sisik pada kulit(anak ini ada sisik/kulit kasar sdikit di atas buku lali kanan),makan tidak selera seperti kanak kanak lain,tidur yang bunyi dengkuran(ibunya perasan dengkuran anaknya ada pada umurnya 5 bulan ke atas), bila tidak dapat sesuatu selalu akan meragam,tidur malam yg kerap terjaga(2,3 pagi terjaga menangis terpaksa tidurkan atas bahu sambil didukung oleh ayah@ibunya), mudah mendapat jangkitan selsema dan demam(pendek kata, anak ini sentiasa kena makan ubat bila tidak sihat),air mulut sentiasa mengalir wlupon bukan ketika masa nak tumbuh gigi,punggungnya besar sebelah, bahagian belakang serata sama dengan bahagian punggung, (maknanya tulang belakangnya sudah tiada lekukan yg terdapat lekuk lekuk seperti gigi),betis anak kurang dan payah nak berisi, tiada jaluran urat pada bahagian atas tumit dan “urat ketting”(istilah org kelantan) tidak kelihatan,apabila berjalan terlanggar sesuatu sentiasa nak rebah tanpa boleh pertahankan diri dari terjatuh…..

Tulang Belakang Dah Tahap Kritikal

jln3

Ya, petanda itu semua ada pada anak ini…ya,tulang belakangnya sudah kritikal(kata tukang urut ni). Jika dibiarkan, wlupon pergerakannya di mata ibu ayahnya nampak normal, apabila anak ini di usia dewasa, bkmungkinan besar akan mndapat lumpuh seluruh badan. Wana’uzubillahi min zalik… Solusinya, ibu bapanya kini menghantar anaknya untuk di urut setiap hari sehingga sembuh semata-mata untuk perbetulkan urat yang dah lama terjatuh sewaktu usia anak 5 bulan dahulu. Ikhtiar… jadi nasihat kpd semua ibu bapa, jika anak ada terjatuh, wlupun dr sudut medikalnya slps jatuh jika tiada muntah,demam @ sakit apa apa, segeralah bertindak, bawalah anak samada pergi membuat checkup di klinik yg anda biasa pergi@hospital @ jumpa pakar terapi bahagian bayi ataupun yang berminat dengan cara tradisional, pergilah berjumpa tukang urut yg betul betul berpengalaman ( biasanya golongan tukang urut ini mendapat warisan turun temurun dari keturunan mereka) untuk di cek. Pastikan seluruh urat dan tubuh anak tiada apa apa. Alhamdulillah, hari ini sudah masuk hari ke-4 anak ini dibawa pergi berurut,lurah tulang belakangnya semakin kelihatan, dapat tidur malam yang lena, selera makan semakin meningkat,kelihatan anak ini semakin selesa badannya. Alhamdulillah! Akhir kata, sama-samalah kita mendoakan agar anak anak syurga kita semua sihat walafiat dari sebarang penyakit. AMEEN YA ALLAH.

Kepada ibu bapa kat luar sana, sila jangan ambil mudah ye. Harap lebih peka jika anak-anak anda pernah jatuh. Selagi boleh dielakkan, lagi baik elakkan. Tapi jika terjadi juga, sekurang-kurangnya kita dah berikhtiar setakat mana yang boleh..

sumber asal : Huda Hassan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...