“Tula Hangpa Dok Sanjung Tinggi & Percaya Penunggang Ni, Tak Tahu Cerita Sebenar Tau Nak Hentam Saja” – AG Coco

Hiburan

“Tula Hangpa Dok Sanjung Tinggi & Percaya Penunggang Ni, Tak Tahu Cerita Sebenar Tau Nak Hentam Saja” – AG Coco

Salah seorang ahli kumpulan muzik Hujan, AG Coco hari ini telah mencuri perhatian ramai terutamanya netizen media sosial Twitter apabila dia ada memuat naik ciapan berbaur sindiran.

AG Coco atau nama sebenarnya, Mohd Hezry Mohd Hafidz dilihat tampil memberi teguran buat para netizen yang gemar menghentam tanpa mengetahui cerita sebenar sesuatu peristiwa.

Advertisement
AG COCOSumber : TWITTER  

Tula hangpa dok sanjung tinggi dan percaya penunggang ni. Bila tak tahu the real shit story behind it, tau nak hentam saja.

Tak kena batang hidup mana la nak tahu kan? Suka sangat menaip. Astaghfirullah’azim.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut gitaris kumpulan Hujan itu tertanya-tanya kepada siapa status itu ditujukan.

Namun, AG tidak memberi sebarang reaksi dan jawapan terhadap pertanyaan netizen itu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Noh Salleh
2023-07-06 09:01:51

Berebut Hak Penjagaan Anak, Noh Salleh Hidupnya Sukar Setelah Bercerai Dengan Mizz Nina

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter