Tukarlah Kepada RFID, Pemasangan Percuma April Sahaja

Teknologi

Tukarlah Kepada RFID, Pemasangan Percuma April Sahaja

Anda rasa susah pakai laluan Touch N Go? Apa kata anda bertukar kepada RFID. Senang sahaja jalan tak payah nak touch lagi kan. Mudah nak pergi kerja tak payah berbaris panjang.

Advertisement

Bagi anda yang berada di Lembah Klang, Touch ‘n Go kini menawarkan pemasangan RFID secara percuma tanpa perlu membuat temujanji dan pendaftaran awal.

Sebelum ini, jika anda ingin membuat pemasangan RFID, anda diminta untuk membuat pendaftaran dan temujanji terlebih dahulu berikutan jumlah pemasangan adalah terhad.


Pastinya dengan pemasangan ini akan memudahkan urusan pembayaran tol anda kerana anda tidak memerlukan sebarang peranti seperti SmartTag atau perlu menyentuh panel menggunakan kad TNG biasa.

Menariknya RFID ini, pelekat khas akan dilekatkan pada bahagian kereta anda dan ia akan menghubungkan dengan e-wallet TNG. Ini menunjukkan bahawa anda hanya perlu menambah nilai ke e-wallet dan ia sangat memudahkan.

Tawaran ini tersedia untuk anda di 9 lokasi sekitar Lembah Klang iaitu AEON Big Bukit Rimau, AEON Big Kepong, Berjaya Times Square, Empire Shopping Gallery, Sunway Velocity Mall, Tesco Pusat Bandar Puchong, Tesco Extra Cheras, Tesco Setia Alam dan Tesco Bukit Tinggi Klang pada jam 10 pagi hingga 10 malam.

Tawaran ini hanya akan berlangsung pada bulan April 2019 ini sahaja. Anda juga haruslah menyediakan beberapa dokumen seperti kad pengenalan, lesen memandu dan geran kenderaan.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...