Penyanyi, Noh Salleh memulakan tahun baharu dengan mendapatkan potongan rambut mengikut gaya rambut idola isterinya, Fatin Athira Mustapa.
Menerusi satu hantaran di Instagramnya, Noh atau nama sebenarnya Mohammad Noh Salleh Sadeli berkongsi dirinya mendapatkan khidmat potongan rambut di sebuah kedai gunting di ibu kota.
Hai 2025, tahun tukar gaya rambut kepada gaya rambut idola isteri saya.
Di akhir perkongsian, Noh berkongsi hasil potongan rambut baharunya dan ternyata idola kepada isterinya ialah Datuk Shah Rukh Khan (SRK).
View this post on Instagram
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan perkongsian Noh dan tidak menyangka vokalis kumpulan Hujan itu mencuba gaya rambut SRK.