“Tukar RM100, Upah RM3, Dapat RM97, Haram Dilaknat” – UAI

Kehidupan

“Tukar RM100, Upah RM3, Dapat RM97, Haram Dilaknat” – UAI

Orang ramai yang menawarkan khidmat menukar duit raya di bank dinasihatkan supaya berhati-hati agar upah yang diterima tidak menjadi haram.

Penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus berkata, upah tersebut boleh menjadi haram sekiranya ia dicaj dengan cara memotong terus amaun wang yang ingin ditukar oleh pelanggan.

Advertisement

“Contoh nak tukar duit bank RM1 hok baru nak bubuh dalam sampul raya. Tukar RM100, upah RM3, jadi (pelanggan) dapat RM97, haram dilaknat.”

“Bukan tak boleh tukar, tapi tak boleh potong. Kalau tukar RM100 kena bui (bagi) amaun RM100 juga. Begitu juga orang jual kedai, kalau ada orang tukar syiling RM100, kita (peniaga) potong RM3, tidak boleh, haram makan riba,” katanya dalam satu sesi kuliah baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Azhar menjelaskan bahawa upah bagi khidmat tersebut perlu diasingkan bagi mengelakkan unsur riba.

“Upah kena letak suku (asing), baru hukumnya harus. tak boleh tukar RM100 potong bui RM97 (potong upah atas amaun ditukar).”

“Lain kali tanya dulu kalau tukar RM100, berapa upah, kalau RM2 kita beri RM2 upah (asing),” katanya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-03-13 13:23:37

"Kalau Tengok Atas Kertas, Dia Akan Menang" - Azizulhasni Kongsi Kisah Tewaskan Pelumba Isra*l Di Trek Lumba

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...