Personaliti media sosial, Kim Seri, sekali lagi mencuri perhatian apabila memuat naik IG Story sambil memegang tangan suaminya, Amin, bagi menjawab persoalan hangat yang berlegar di TikTok.
Seorang pengikut bertanya, “Assalam sis, betul ke orang cakap kat TT u dah bercerai dengan Amin sebab nama TT u dah tukar..”
Menjawab persoalan itu, Kim Seri menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan punca sebenar kenapa nama akaunnya berubah.
Choi Seri tukar balik kepada Kim Seri sebab collabs balik dengan company lama. Dalam kontrak nama Kim Seri, so kena tukar kepada Kim Seri hingga habis kontrak.
Menerusi perkongsian itu, Kim Seri turut menekankan bahawa rumah tangganya dengan Amin masih berjalan baik dan gosip kononnya mereka sudah berpisah adalah tidak benar.
Tindakan memuat naik gambar mesra bersama suami juga dianggap sebagai cara halus Kim Seri menutup mulut pihak yang cuba menyebarkan spekulasi mengenai rumah tangganya.