Tukar Lagi, Menteri Alam Sekitar Cadang Guna Kereta Elektrik (EV) Buat Jemaah Menteri

Hiburan

Tukar Lagi, Menteri Alam Sekitar Cadang Guna Kereta Elektrik (EV) Buat Jemaah Menteri

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man memutuskan untuk menggunakan kereta jenis elektrik (EV) bagi kegunaan jemaah menteri bermula tahun hadapan.

Ini berikutan langkah kerajaan untuk menjaga kesejahteraan alam sekitar dan keputusan itu berkemungkinan akan menjadikan kereta EV sebagai kereta rasmi kerajaan mulai tahun 2023.

Advertisement

Memetik laporan Malaysia Gazette, Tuan Ibrahim berkata bahawa maklumat terperinci mengenai hal itu belum dapat dipastikan lagi memandangkan EV dan fasilitinya masih belum banyak sekaligus membuatkan kosnya sedikit tinggi.

Tetapi bila pengguna lebih ramai, kosnya akan jadi murah. Isu kita ialah stesen pengecas, jadi kita perlu sediakan fasiliti dulu.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim yang ditemui dalam sidang media majlis perasmian pejabat Khidmat Malaysia di Batu Caves baru-baru ini turut memaklumkan mengenai hasrat kerajaan untuk menjadikan pulau-pulau peranginan seperti Langkawi dan pusat pentadbiran Putrajaya sebagai kawasan bebas karbon.

Menurutnya lagi, sebanyak 100 unit motosikal elektrik telah diberikan kepada penduduk sekitar Pulau Langkawi bagi menggalakan mereka untuk beralih kepada kenderaan hijau.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

guru rogol pelajar
2 years ago

Tular Tentang Guru Lelaki Di Sarawak Larikan Diri Lepas Didakwa Rogol Pelajar ‘Form 2’ Dalam Bilik Muzik

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...