Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Tukar Kerja Jadi Delivery Rider, Nabila Razali Dikejar Dua Jejaka Kacak?

iqiyi biar mereka cemburu

Apa dah jadi? Nabila Razali dikatakan menukar kerja menjadi delivery rider untuk menyara kehidupan dan mengejar cita-citanya menjadi jurugambar? Seriuslah? Dah tak nak menyanyi dah ke? Macam mana dengan fans dia?

Buat fans penyanyi Peluang Kedua tu, jangan risau, sebabnya Nabila hanya menjadi delivery girl dalam drama terbaru lakonannya, Biar Mereka Cemburu, membawa watak Nadia Saleh.

Advertisement

Nadia adalah pekerja di Tajol’s 1985 selepas berpindah ke bandar ketika berumur 16 untuk bekerja dan mencari rezeki keluarga apabila kehilangan ayah. Dia bercita-cita besar, menabung untuk membeli sebuah kamera dan merealisasikan impiannya menjadi seorang jurugambar.

iqiyi biar mereka cemburu

Cita-cita Nadia itu mendapat sokongan Rostam (lakonan Izzat Mushtaq) yang dalam diam ada hati kepada gadis itu. Takdir menemukan Nadia dengan Eidil (Aiman Hakim), pengarah kreatif firma pengiklanan dalam satu insiden di tepi jalan.

iqiyi biar mereka cemburu

Advertisement

Perselisihan faham berlaku antara mereka sehingga Eidil menuduh Nadia cuba untuk mensabotaj keretanya. Setelah sedar kesalahan sendiri, Eidil cuba meminta maaf sebelum terjatuh cinta dengan Nadia.

Adakah Eidil bertepuk sebelah tangan? Apa nasib kekasih hatinya, Marsha Gordon (Rubini Sambanthan) setelah bakal suaminya mula beralih arah? Atau Nadia akan memilih Rostam sebagai teman hidup?

iqiyi biar mereka cemburu

Saksikan kesudahan kisah cinta tiga segi ini dalam Biar Mereka Cemburu yang merupakan drama bersiri original Astro yang ditayangkan eksklusif selain di saluran TV itu. Semuanya tercapai hasil usahasama strategik antara Astro dan iQiyi.

iqiyi biar mereka cemburu

Jadual kerja tak menentu tapi tak mahu terlepas menonton Biar Mereka Cemburu? Saksikan drama bersiri ini di iQIYI di hari yang sama tayangan di Astro.

Hanya layari https://bit.ly/WatchBiarMerekaCemburu atau muat turun apps iQIYI di http://bit.ly/iQIYI sekarang untuk menonton. Selain Biar Mereka Cemburu, ada banyak lagi drama lain macam Cinta Sekali Lagi, Gerak Khas The Finale, dan Hush yang akan keluar 11 Disember ini.

Lagi satu, diorang ada promo sekarang kalau first time register jadi VIP member, harga RM1.90 jer! Free account dah banyak drama boleh tengok, tapi kalau VIP lagi banyak!! Patutla dekat Twitter akaun iQIYI tengah viral, memang diorang tengah push banyak drama dalam platform tersebut. Ingat drama, ingat iQIYI!

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top