Masih meneruskan gerakan #GengSubuhMacamJumaat, pelakon dan pengacara Alif Satar kembali mengajak orang ramai untuk bersama-sama berjemaah Subuh di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Jumaat ini.
Lari ‘leha-leha’
Selain dari menunaikan solat Subuh berjemaah yang bakal diimamkan oleh Imam Abdulkarim Almakki, pelakon ini juga tidak melepaskan peluang untuk mengajak jemaah yang hadir untuk turut mengikutnya lari keliling taman bersama-sama.
Salam semua pejuang Subuh! Hari tu korang buka game tak puas hati nak ajak Alif lari lagi sekali kan? Jom!
View this post on Instagram
Ramai penyokong
Semenjak Alif memulakan gerakan solat Subuh berjemaah itu, semakin ramai yang mula menyokong usaha mulia artis ini yang memberi semangat bukan sahaja dari segi rohani tetapi juga jasmani.
Mantap Alif slow-slow lepasni geng 5 waktu macam Jumaat pulak!
Semoga Allah SWT permudahkan segala usaha kau Alif dan semoga kau sentiasa sihat selalu untuk berjuang demi agama.
Guys, kasut tukar lepas solat ya! Takut ade geng #curiseliparmasjid join subuh sekali.
Sebelum ini, aktor ini sempat menerima kecaman dari sesetangah pihak yang mendakwa netizen terlalu sanjung influncer untuk melakukan ibadah namun Alif tetap ingin meneruskan usahanya itu meskipun dikecam.