Tukar Baru, Baru Raya. Beli Barangan Elektronik Di Sharp & Nikmati Free Gift Premium. Wow!

Branded

Tukar Baru, Baru Raya. Beli Barangan Elektronik Di Sharp & Nikmati Free Gift Premium. Wow!

Dah 2 tahun rasanya kita tak dapat menikmati perayaan Aidilfitri dengan meriah. Mana tidaknya, sekatan akibat penularan pandemik memaksa kita merayakannya secara sederhana saja.

Memandangkan negara sudah memasuki fasa endemik, sambutan perayaan tahun ini dijangkakan 3 kali lebih meriah dengan kepulangan perantauan kota ke kampung halaman. Tak sabarnya!

GO SHARP, GO RAYA!

GO SHARP, GO RAYA

Selalunya waktu-waktu perayaan macam inilah ada banyak promosi ditawarkan. Nak beli perabot? Barang elektrik atau perkakas rumah? Sekaranglah waktunya, anda bukan je boleh jimat malah siap dapat servis ekstra tau!

Bagi yang sedang mencari barangan elektrik untuk rumah sendiri atau mungkin nak hadiahkan untuk mak ayah. Kami cadangkan korang pilih jenama SHARP dan produk terbaru di bawah rangkaian New Norm Living Solutions.

Kalau anda nak tau, SHARP ni merupakan salah satu jenama daripada Jepun yang terkenal kat pasaran. Malah sampai sekarang, barangan daripada negara matahari terbit ni memang terkenal dengan kualiti dan tahan lama juga tau. Jadi memang tak rugi la beli.

Memandangkan kita hidup dalam keadaan norma baharu, SHARP telah memperkenalkan  satu lagi inovasi di bawah rangkaian New Norm Living Solutions bagi membantu rakyat Malaysia menyesuaikan diri dengan gaya hidup pasca pandemik.

Memandangkan masyarakat kini semakin terbiasa dengan idea untuk berada di rumah pada kebanyakkan masa. New Norm Living Solutions direka khas untuk memenuhi keperluan dan keutamaan pengguna dalam perkara mereka perlukan di rumah untuk persekitaran hidup yang selesa dan nyaman.

GO SHARP, GO RAYA

Sempena raya tahun ni, SHARP ada buat kempen Go Sharp, Go Raya bermula 1 April- 31 Mei 2022. Kalau anda beli mana-mana barangan elektrik jenama SHARP yang terpilih, anda akan dapat satu lagi produk elektrik jenama Future Lab secara PERCUMA. Syiokkan, macam ni baru raya!

Lebih menarik, SHARP menyediakan solusi untuk kehidupan norma baru, yang mana barangan Future Lab yang anda akan dapat dengan setiap pembelian tu, merupakan penyelesaian terbaik untuk kehidupan yang lebih sihat dan saling melengkapi.

Kalau anda tengok KATALOG SHARP ni, anda boleh pilih perkakas elektrik mengikut kategori yang anda inginkan, contohnya kalau nak hiburan, anda boleh beli televisyen BIG AQUOS 70” dan anda akan dapat Clean Chariot (UVC Sterilisation). Nak cucian baju maksima pula anda boleh pilih SHARP Washer Dryer dan kotang akan dapat 3 dalam 1 refresh set. 

Ada banyak lagi pilihan kategori barangan elektrik yang ditawarkan tau, anda tinggal pilih saja. Lepas tu tebus barangan Future Lab dengan setiap pembelian barangan terpilih. Macam mana tu?

Muat turun aplikasi Cocoro Life & tebus hadiah PREMIUM!

GO SHARP GO RAYA

Barang dah sampai mana hadiah free? Sabar dulu, sebelum tu anda kenalah muat turun aplikasi COCORO Life di App Store atau Play Store. Kalau nak senang, scan je QR Code yang disediakan.

Kemudian, daftar sebagai ahli dan muat naik e-warranty atau bukti pembelian barangan dari SHARP. Tunggu pengesahan akaun anda kemudian tebus hadiah produk PREMIUM dari Future Lab secara PERCUMA!

Untuk pengetahuan anda, COCORO Life ni merupakan aplikasi di mana anda boleh semak waranti barangan yang dibeli serta pantau status perkhidmatan dan penyelenggaraan produk yang dibeli. Jadi lepas ni anda tak perlu kalut kalau kad waranti hilang atau lupa tarikh nak selenggara. Cuma perlu buka COCORO Life dan masalah anda settle!

Raya lebih sakan & meriah dengan SHARP

Tunggu apa lagi? Inilah masanya nak tukar barangan elektrik baru dekat rumah. Ada perkakas baru lagi semangat nak raya! 

Jom dapatkan barangan SHARP anda melalui penjual yang sah atau secara dalam talian di Lazada, Shopee, Presto Mall dan esharp.com.my.

Maklumat lanjut tentang Go Sharp, Go Raya anda boleh KLIK DI SINI.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...