Datuk Seri Siti Nurhaliza atau lebih mesra dikenali sebagai Tok Ti dalam kalangan peminat baru-baru ini telah muncul dengan lagu terbaru berjudul Kuasa Cintamu yang didedikasikan khas buat anaknya yang tersayang iaitu Siti Aafiyah.
Muzik video rasmi lagu tersebut juga telah boleh ditonton oleh peminat yang sentiasa menantikan buah tangan terbaru penyanyi tersohor negara itu. Yang lebih menarik, muzik video lagu tersebut difahamkan telah diambil secara teknik ‘one take shot’ ataupun dikenali sebagai ‘one taker’.
Dalam klip video tersebut, Siti dikehendaki untuk menukar sepersalinan lengkap baju berwarna kuning yang dipakainya kepada baju berwarna merah hanya dalam masa lebih kurang 11 saat.
Babak sebalik tabir penghasilan muzik video tersebut turut dikongsikan oleh Siti menerusi laman Instagram miliknya untuk tatapan peminat.
View this post on Instagram
Meskipun Datuk Siti telah mengumumkan untuk berehat seketika dalam dunia seni untuk fokus dengan hal ehwal keluarga, dia kini terikat dengan komitmen dalam menghabiskan saki baki kerja mengikut jadual yang ditetapkan termasuklah dalam penghasilan muzik video tersebut.
“Semestinya ada cabaran tetapi apa yang penting adalah pengalaman. One taker ini kalau ada scene yang tidak ok, sama ada pelakon, pemuzik, camera shot atau @ctdk sendiri, penggambaran akan diulang semula..”
View this post on Instagram
Ketika meninjau ruangan komen, rata-rata peminat teruja melihat kegigihan serta komitmen Siti Nurhaliza serta kru-kru terlibat dalam menjayakan penghasilan muzik video tersebut.
Terdahulu, muzik video lagu Kuasa Cintamu ini telah dilancarkan di laman Youtube pada hari Rabu yang lalu dan setakat ini telah meraih 600,000 jumlah tontonan.