“Tukang ‘Viral’ Video Dan Pelaku Sudah Mohon Maaf Kepada Kami” – Pemilik Axia ‘Goyang’ Tak Berdendam, Anggap Pelaku Budak Baik

Trending

“Tukang ‘Viral’ Video Dan Pelaku Sudah Mohon Maaf Kepada Kami” – Pemilik Axia ‘Goyang’ Tak Berdendam, Anggap Pelaku Budak Baik

Tular sebelum ini mengenai kisah pasangan yang menaiki kereta Axia melakukan perbuatan tidak senonoh di kawasan masjid di Kuala Lumpur.

Pemilik kenderaan berkenaan yang dikenali sebagai Hilmi Hamdan tampil menjelaskan bahawa pelaku tersebut bukanlah dalam ahli keluarga mereka dan telah pun tampil memohon maaf.

Advertisement

Hilmi juga memaklumkan si penyebar video berkenaan turut berbuat perkara yang sama kerana telah mencemarkan nama baik keluarganya.

Ini adalah kenyataan terakhir saya berkaitan kes tular. Pesalah meminta maaf kepada keluarga kami. Pasangan itu hubungi ahli keluarga kami melalui panggilan telefon.

Hilmi juga memaklumkan tidak berniat untuk mendedahkan wajah pelaku kerana ia mungkin menghancurkan masa depan mereka berdua gara-gara kesilapan ini.

Ada yang minta kami dedahkan muka pesalah sebagai tanda kami tak tipu. Maaf kami bukan jenis pendendam. Pesalah adalah rakan baik adik saya.

Dia seorang rakan yang baik, cuma mungkin pada hari kejadian dia ‘terbabas’ dan terpedaya dengan hasutan syaitan. Semoga Allah ampuni mereka.

Tukang viral juga meminta maaf kepada keluarga kami kerana kesan daripada video dia menyebabkan pemilik kereta yang dikecam.

Hilmi dalam pada itu berharap agar kes itu berakhir sampai di sini dan tidak dibincangkan lagi netizen di luar sana.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

maksiat dalam masjid
7 months ago

(VIDEO) “Bertudung Pula Tu, Memalukan” - Biadap! Pasangan Bercinta Seronok ‘Berasmara’ Di Perkarangan Masjid

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...