Tukang Masak Wanita Jadi Penggali Kubur Mangsa Covid-19

COVID-19

Tukang Masak Wanita Jadi Penggali Kubur Mangsa Covid-19

Menurut sumber Harian Metro, tugas sebenar wanita 63 tahun bernama Faridah Said ini adalah sebagai seorang tukang masak di Murtadha Dakwah Centre (MADAD) di Sungai Petani, Kedah, yang menyediakan hidangan kepada sukarelawan mengurus, menggali kubur dan mengebumikan jenazah pesakit Covid-19 secara percuma.

Namun, terdapat keinginan pada jiwa wanita ini untuk menyertai Skuad Hang Cangkul selepas setiap hari melihat sukarelawan melakukan kerja amal. Ia sekaligus membuatkan dia nekad untuk bersama mereka menguruskan jenazah pesakit Covid-19, mulai Ahad lepas.

Advertisement

3 years ago

"Hari-hari Jenazah 3-5 Orang. Tak menang tangan." - Penggali Kubur

Faridah yang mesra disapa dengan nama Mak Lang mengakui begitu teruja setiap kali mendengar pengalaman diceritakan anggota skuad tersebut apabila bertemu ketika menghantar bekalan makanan.

Selain itu, dia ingin melihat sendiri kerja mengurus dan mengebumikan jenazah pesakit Covid-19 hingga membuatkannya tertarik dan pernah memohon menjadi sebahagian sukarelawan Skuad Hang Cangkul.

Namun, ketika itu hasratnya untuk turut sama menyertai skuad itu ditolak berikutan faktor usia selain dibimbangi sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini.

Bagaimanapun, hasrat Faridah tercapai apabila diberikan peluang menyertai pasukan tersebut pada Ahad lepas dan dia mengakui puas kerana dapat melaksanakan impiannya selama ini.

Menurut Faridah, faktor usia bukan penghalang buat dia untuk menyertai Skuad Hang Cangkul yang melakukan kerja mengurus dan mengebumikan jenazah pesakit Covid-19 di tanah perkuburan.

Boleh dikatakan semua pasukan sukarelawan ini sebaya dengan umur anaknya dan mereka pada awalnya memang tidak yakin dengan kemampuan Faridah untuk bersama disebabkan faktor usia.

“Namun, mungkin kerana melihatkan kesungguhan saya yang kerap meminta untuk merasai pengalaman melakukan kerja amal terbabit membuatkan mereka membenarkan saya turut serta mengurus dan mengebumikan jenazah,” katanya.

“Saya berpuas hati kerana akhirnya dapat merasai pengalaman bersama Skuad Hang Cangkul mengurus, menggali kubur dan mengebumikan dua jenazah wanita pesakit Covid-19 di Tanah Perkuburan Islam Sungai Batu, Sungai Petani pada Ahad lepas,” tambah Faridah.

Wanita dari tukang masak ke penggali kubur

Faridah bersiap sedia memakai pakaian perlindungan sebelum melakukan tugas – Sumber Harian Metro

Dia berkata lagi yang dia sempat mencangkul tanah bersandarkan kudrat yang ada selain memegang tali digunakan untuk menurunkan keranda ke dalam liang lahad.

“Bagi saya, tugas itu sudah mencukupi kerana apa yang lebih penting ialah dapat merasai pengalaman melakukan kerja pengebumian selain memberi rasa keinsafan buat diri kerana satu hari nanti saya juga akan tinggal di sini (kubur),” katanya.

Menurutnya, dia bersyukur kerana diterima dalam Skuad Hang Cangkul dan selepas ini dia akan terus mengikut mereka melakukan kerja mengurus serta mengebumikan jenazah pesakit Covid-19.

“Faridah yang dianggap sebagai ibu kepada semua sukarelawan skuad itu, sebelum ini memang menyatakan hasrat mahu bersama menyertai mereka mengurus dan mengebumikan jenazah pesakit Covid-19,” kata Ketua Operasi Skuad Hang Cangkul, Muhammad Ridzuan Osman.

Melihat kesungguhan dan keinginan yang disuarakan hampir setiap hari, mereka akhirnya bersepakat memberi peluang kepadanya untuk bersama melakukan kerja pengebumian jenazah.

Tambah Muhammad Ridzuan Osman lagi, walaupun dia seorang warga emas namun kudrat dimilikinya memang luar biasa dan dia mampu melakukan kerja sama seperti mereka.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...