Tukang Kebun Didakwa Cabul & Rogol Anak Tiri Bawah 12 Tahun

Trending

Tukang Kebun Didakwa Cabul & Rogol Anak Tiri Bawah 12 Tahun

Seorang lelaki yang merupakan tukang kebun didakwa merogol anak tirinya di sebuah rumah di Tanah Merah, Kelantan. Tertuduh yang berusia 58 tahun itu berdepan dengan lima pertuduhan merogol serta mencabul anak tirinya antara Disember 2018 hingga Mei lalu di Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini.

Walaubagaimanapun, lelaki tersebut mengaku tidak bersalah selepas lima pertuduhan itu dibacakan. Menurut laporan Berita Harian, tertuduh telah memegang anggota badan anak tirinya yang berusia kurang 12 tahun pada Disember 2018 dengan pertuduhan pertama.

Advertisement

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dihukum mengikut Seksyen 14 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun serta sebatan.

Bagi pertuduhan kedua hingga kelima, tertuduh didakwa merogol anak tirinya pada Januari hingga April 2019, Februari 2020, April dan Mei lepas.

Tertuduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan. Jika disabitkan kesalahan, tertuduh akan terima hukuman penjara antara lapan hingga 30 tahun serta 10 kali sebatan minimum.

Tarikh sebutan semula kes ditetapkan pada 18 Julai ini dan mahkamah tidak membenarkan sebarang jaminan ke atas tertuduh.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...