Seorang pengguna Twitter memuat naik kain rentang harga upah tukang jahit yang menggunakan Bahasa Melayu loghat Bangladesh.

Niatnya mungkin ialah untuk bergurau, namun begitu nampaknya ramai tidak kisah kesalahan bahasa tersebut kerana tukang jahit Bangladesh dianggap mempunyai kemahiran menjahit dengan baik dan boleh menyiapkan tempahan dengan segera. Berbanding pengalaman ramai pihak dengan tukang jahit tempatan yang agak buruk.
Ramai menceritakan pengalaman menempah pakaian dengan tukang jahit tempatan yang agak negatif.
“Tujuh bulan pun baju tak siap lagi.”
“Hantar petang siap malam.”
“Kualiti terbaik!”
“Laju siapkan tempahan.”

Boleh dikatakan, dalam kekurangan ada kelebihannya. Kalau guna kain rentang dengan bahasa puitis dan betul tatabahasa, namun tempahan bertahun tak disiapkan pun tak seronok juga, ya tak? – amazingnara.com