Hanya setelah dua hari kedai gunting dan dandanan rambut dbenarkan beroperasi di bawah Prosedur Operasi Standard (SOP) seperti yang diwartakan oleh kerajaan persekutuan, dilaporkan seorang tukang gunting rambut positif COVID-19.
Kes tersebut dikatakan berlaku di KL Trader’s Square di Setapak. Ianya dikesan sewaktu Badan Pengurusan Bersama KL Trader’s Square diberitahu tentang ambulans yang tiba di premis bangunan itu.
Ambulans itu tiba setelah hospital swasta yang melakukan ujian COVID-19 pada tukang gunting rambut itu mendapati hasil ujiannya adalah positif. Hospital tersebut dengan segera memberitahu Pusat Kesihatan Titiwangsa. Pesakit itu kemudiannya dibawa ke hospital kerajaan untuk ujian swab kedua bagi pengesahan status COVID-19nya.
Naib Pengerusi Parti Keadilan Rakyat Wilayah Persekutuan, Andre CH Lai, juga telah menyetuh tentang isu tersebut di media sosialnya, meminta masyarakat agar lebih berhati-hati.
Pemilik premis kedai gunting itu yang juga warga tempatan telah diarahkan untuk melakukan ujian COVID-19 setelah dikenal pasti sebagai individu yang mempunyai kontak rapat.
Walau bagaimanapun Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah tampil menyatakan bahawa diagnosis tukang gunting rambut itu belum disahkan secara rasmi oleh Kementerian Kesihatan. Segala maklumat mengenai kes ini akan diumumkan sewaktu sidang media esok.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.