Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Tujuh Tahun Menduda, Zain Ruffedge Ada Niat Untuk Berkahwin Lagi

Zain Ruffedge

Anggota kumpulan Ruffedge yang juga pelakon, Zain Hamid mendedahkan bahawa hatinya kini sudah terisi dengan cinta baharu.

View this post on Instagram

A post shared by MKZ NETWORK & @ruffedge (@zainhamid)

Advertisement

Namun begitu, dia juga menafikan akan menamatkan zaman duda dalam waktu terdekat ini.

Kata Zain atau nama sebenarnya Mohd Kamaruzzaman Zain,43, dia masih lagi mengenali hati budi seseorang namun belum merancang untuk ke peringkat seterusnya.

Zain yang ditemui sebuah media turut memberitahu bahawa dia kini sedang berkawan dengan seorang wanita dan sudah mengenalinya sejak setahun yang lalu.

“Kami sedang berkawan tapi masih belum cakap pasal berkahwin ke apa buat masa sekarang. Kalau ada nanti, akan diberitahu..” ujarnya lagi.

Advertisement

Dia baru-baru ini ditemui ketika sidang media pelancaran kolaborasi bersama  jenama SugarBomb yang akan menampilkan lagu berjudul Da Bomb berserta ahli kumpulan Ruffedge yang lain seperti Azan Addin, Sein Qudsi, Mode dan juga Cat Farish.

Terdahulu, Zain pernah mendirikan rumah tangga bersama Khazmira Anuar pada 8 Ogos 2008 namun berakhir dengan pencerai pada November 2014 yang lalu.

Hasil perkongsian hidup, mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Arianna Rania yang kini berumur 12 tahun.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama