Anggota kumpulan Ruffedge yang juga pelakon, Zain Hamid mendedahkan bahawa hatinya kini sudah terisi dengan cinta baharu.
View this post on Instagram
Namun begitu, dia juga menafikan akan menamatkan zaman duda dalam waktu terdekat ini.
Kata Zain atau nama sebenarnya Mohd Kamaruzzaman Zain,43, dia masih lagi mengenali hati budi seseorang namun belum merancang untuk ke peringkat seterusnya.
Zain yang ditemui sebuah media turut memberitahu bahawa dia kini sedang berkawan dengan seorang wanita dan sudah mengenalinya sejak setahun yang lalu.
View this post on Instagram
“Kami sedang berkawan tapi masih belum cakap pasal berkahwin ke apa buat masa sekarang. Kalau ada nanti, akan diberitahu..” ujarnya lagi.
Dia baru-baru ini ditemui ketika sidang media pelancaran kolaborasi bersama jenama SugarBomb yang akan menampilkan lagu berjudul Da Bomb berserta ahli kumpulan Ruffedge yang lain seperti Azan Addin, Sein Qudsi, Mode dan juga Cat Farish.
View this post on Instagram
Terdahulu, Zain pernah mendirikan rumah tangga bersama Khazmira Anuar pada 8 Ogos 2008 namun berakhir dengan pencerai pada November 2014 yang lalu.
Hasil perkongsian hidup, mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Arianna Rania yang kini berumur 12 tahun.