Tujuh tahun bergelar janda selepas gagal dalam perkahwinan sebelum ini, pelakon yang popular menerusi drama 7 Hari Mencintaiku, Wan Sharmila akui merasa sunyi dan teringin untuk kembali bercinta dan berkahwin. Namun, buat masa ini beliau masih belum bertemu dengan jodoh yang sesuai.
Sejujurnya saya kurang selesa hidup seorang diri. Selepas arwah ibu meninggal beberapa tahun lalu, hidup saya semakin sunyi.
Hati saya sentiasa terbuka untuk bercinta dan berkahwin lagi. Sudah tentu saya mahukan lelaki yang boleh mengubah hidup saya ke arah lebih baik.
Terdahulu, Wan Sharmila digosipkan bercinta dengan Johan As’ari kemudian beliau dikatakan berkahwin secara rahsia pula selepas memuat naik foto imbasan perut di laman sosial.
Wan Sharmila pernah berkahwin dengan Fazli Baharom pada tahun 2007 namun bercerai dua tahun kemudian.