Tujuh Individu Hadiri Konsert Pinkfish Ambil Pil Ekstasi, Termasuk Empat Pengunjung Yang Maut

Trending

Tujuh Individu Hadiri Konsert Pinkfish Ambil Pil Ekstasi, Termasuk Empat Pengunjung Yang Maut

Dalam perkembangan terbaru kes empat pengunjung konsert ‘Pinkfish’ maut, polis mendedahkan kesemua mangsa mengambil pil ekstasi.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata pihaknya telah menerima enam laporan daripada PPUM dan HKL bahawa tujuh pesakit mengalami simptom yang sama.

Advertisement

Hasil siasatan awal mengesahkan semua ketujuh-tujuh mangsa menghadiri konsert berkenaan dan ada mengambil pil jenis ekstasi. Empat daripada mereka meninggal dunia manakala dua lagi dirawat di ICU dan seorang lagi sudah discaj dari hospital.

konsert pinkfish

Katanya, semua mangsa tidak hadir bersama-sama di konsert berkenaan tetapi datang secara berasingan dengan kawan-kawan dan ahli keluarga masing-masing.

Tambahnya, seramai enam individu sudah dirakam percakapan setakat ini dalam siasatan yang dijalankan berhubung kejadian yang berlaku di Bandar Sunway itu.

Hussein turut berkata beberapa lagi pihak akan dipanggil untuk membantu siasatan termasuklah penganjur konsert dan rakan-rakan mangsa.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar

Polis masih menunggu laporan analisis toksikologi untuk mengesahkan perkara itu termasuk punca kejadian. Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Sarjan Mohd Ridzal Puat di talian 03-56382122 atau mana-mana balai berhampiran.

6 days ago

Polis Siasat Punca Kematian Empat Individu Selepas Hadiri Konsert 'Pinkfish' Di Bandar Sunway

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...