Tujuh Fakta Menarik Mengenai Perayaan Chap Goh Mei Masyarakat Cina Di Malaysia

Trending

Tujuh Fakta Menarik Mengenai Perayaan Chap Goh Mei Masyarakat Cina Di Malaysia

Untuk 2018, Tahun Baru Cina disambut pada 16 Februari dan perayaan ini berakhir dengan sambutan Chap Goh Mei iaitu perayaan yang disambut oleh masyarakat Hokkien selepas 2 minggu merayakan Tahun Baru Cina.

Advertisement

1. Istilah Chap Goh Mei berasal dari dialek Hokkien yang bermakna malam ke-15 bagi Tahun Baru Cina di mana ia juga menandakan hari terakhir bagi sambutan Tahun Baru Cina. Secara literalnya, Chap memberi maksud ‘10’, Goh adalah ‘lima’ dan Mei pula adalah ‘malam’.

2. Perayaan Chap Goh Mei seringkali dikaitkan dengan mitos peristiwa dua wanita bujang yang telah membuang buah oren ke dalam sungai dengan harapan mendapat jodoh.

3. Pesta Chap Goh Mei disambut dengan mengadakan upacara sembahyang secara besar-besaran, di mana colok besar akan dibakar dan juga diadakan makan besar bersama keluarga.

4. Walaupun perayaan ini tidak diiktiraf sebagai cuti umum di Malaysia, ia satu perayaan yang dinanti-nantikan oleh komuniti Cina kerana ada sebahagiannya yang beranggapan Chap Goh Mei merupakan Hari Kekasih versi kaum itu.

5. Pada malam perayaan Chap Goh Mei, kebiasaannya masyarakat Cina akan berkumpul dan makan secara besar-besaran dengan hidangan tradisi Yuan Xiao (beras pulut berbentuk bulat) selain rumah yang dihias cantik dengan lampu-lampu merah bagi menghidupkan lagi suasana.

6. Secara adatnya, pada hari tersebut, akan dimainkan muzik balada cinta yang dipanggil Dondang Sayang yang diperdendangkan di jalanan dengan instrumen biola, gendang dan gong. Ada ketika, ia menjadi komedi apabila liriknya digubah sendiri oleh penyanyi.

7. Pulau Pinang merupakan salah satu daripada negeri di Malaysia yang membuat sambutan besar-besaran meraikan Chap Goh Mei. Pada malam itu, kerajaan negeri akan menghidangkan makanan-makanan enak di sepanjang jalan selain permainan, persembahan budaya Baba Nyonya dan kuiz. Turut disajikan, perarakan tanglung, tarian naga atau singa, opera Cina, dan mengimbang bendera besar ‘Chingay’.

Sumber: Astro Awani

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...