“Tujuan Nak Bergurau Tapi..” Disangka ‘Bertunang’ Dengan Naim Daniel, Ini Penjelasan Iman Troye

Hiburan

“Tujuan Nak Bergurau Tapi..” Disangka ‘Bertunang’ Dengan Naim Daniel, Ini Penjelasan Iman Troye

Baru-baru ini, gambar yang dimuat naik oleh penyanyi, Iman Troye sedang duduk di atas pelamin sambil memegang bunga telah menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen.

Naim Iman
3 years ago

"With Abang Sayang.." Muat Naik Foto Berdua, Naim Daniel Dan Iman Troye Bercinta?

Advertisement

Malah, tindakan penyanyi itu meletakkan pautan akaun penyanyi serta pelakon Naim Daniel dengan kapsyen ‘Alhamdulillah’ seolah-olah memberi gambaran bahawa dia mengikat tali pertunangan bersama penyanyi Sumpah itu.

Bagaimanapun, Iman Troye atau nama sebenarnya Siti Nur Iman Alyssa Sahabudin memperjelaskan bahawa ia cuma sekadar gurauan semata-mata.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ???? ?????? ????????? ? (@imantroye)

Sebenarnya semalam (Sabtu) hari abang saya bertunang. Sebelum post foto itu saya dah hantar pada Naim, tujuan nak komplot bergurau dan hanya mahu balas gurauan dia sebelum ini pasal cincin hari itu. Tapi tak sangka ramai percaya.

Dalam pada masa yang sama, penyanyi lagu Teman ini turut meminta maaf kepada orang ramai kerana telah membuat ramai pihak salah faham dan kurang senang dengan perkongsian tersebut.

Iman Troye dan Naim Daniel

Tambahnya lagi, dia tidak mempunyai sebarang niat untuk menimbulkan salah faham mahupun kontroversi dalam kalangan netizen dan dia turut menegaskan hubungannya bersama Naim hanya sekadar abang dan adik.

Hahahaha kena game rupanya!

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...