“Tuhan Nak Tambah Pahala..” – Anggap Ada Anak Autisme Sesuatu Perkara Yang Baik, Dr Say Kongsi Pengalaman

Kehidupan

“Tuhan Nak Tambah Pahala..” – Anggap Ada Anak Autisme Sesuatu Perkara Yang Baik, Dr Say Kongsi Pengalaman

Tidak menganggap ia sesuatu hal yang buruk, seorang doktor perubatan dan pempengaruh media sosial, Dr Say Shazril sering berkongsi pengalaman seharian menjaga dan membesarkan anak sulungnya, Ace yang disahkan menghidap autisme.

Untuk tambah pahala

Kata Dr Say, dia terfikir mengapa dirinya dan isteri dikurniakan anak autisme. Menurutnya, mereka diuji begitu mungkin kerana dosa-dosa lalu dan ini merupakan balasan. Namun kata isterinya, Dr Azura, sebaliknya perkara itu terjadi mungkin kerana Allah ingin menguji mereka dan memberi ganjaran pahala.

Advertisement

‘Saya rasa kita ada anak autisme mungkin sebab dosa-dosa kita pada masa dulu.’ Isteri saya jawab, ‘saya tak rasa macam tu, saya rasa kita dapat anak autisme adalah sebab tuhan nak tambah kita punya pahala supaya kita dapat merasa masuk ke syurga.’

 

Yang kedua isteri saya cakap adalah, dia okay ada anak autisme sebab dengan ada anak autisme ini membuatkan kami merendah diri.

 

Ada anak autisme ini memberi kita peringatan, supaya kita tidak lupa diri sekiranya suatu hari nanti kita berjaya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr Shazril Shaharuddin (@say_shazril)

Nasihat pada ibu bapa

Pada masa yang sama, pempengaruh ini turut memberikan nasihat kepada ibu bapa di luar sana yang mengalami perkara yang sama seperti mereka. Katanya, ibu bapa haruslah menerima kondisi anak autisme mereka dan percaya ia adalah satu ujian dari Tuhan.

Bila dengar, memang tenanglah hati saya sebab walaupun saya dah boleh terima anak saya ada autisme tapi kadang-kadang saya tertanya-tanya kenapa anak aku yang kena? Apa salah aku pada masa lampau?

 

Jika ada ibu bapa di luar sana yang mungkin struggle untuk terima bahawa anak mereka ada autisme, mungkin apa yang isteri saya ceritakan tadi boleh membantu anda seperti mana dia membantu saya.

@say_shazril0♬ Menyentuh Hati – Yuda pratama

Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

dr sheikh muszaphar
10 months ago

"TKC, Permata Pintar & KYS. The Hard Work Paid Off" - Anak Sulung Ditawar 3 Sekolah Serentak, Dr Sheikh Muszaphar Kini Dalam Dilema

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...