“Tuhan Masih Sayangkan Saya” – Siti Kasim Hadapi Ancaman Bom Oleh Individu Tidak Dikenali

Berita

“Tuhan Masih Sayangkan Saya” – Siti Kasim Hadapi Ancaman Bom Oleh Individu Tidak Dikenali

Peguam dan aktivis sosial, Siti Kasim meluahkan perasaan lega kerana terselamat daripada insiden letupan bom yang dipasang di bawah bahagian keretanya.

Maklum Siti atau nama sebenarnya Siti Zabedah Kasim, dia mengambil keputusan untuk pergi ke tempat servis kereta terlebih dahulu sebelum mengetahui ada individu telah memasang bom buatan sendiri pada kenderaannya.

Advertisement

Menganggap tuhan masih sayang akan dirinya, Siti berkata dia tidak pasti siapa yang tergamak melakukan perkara itu namun mengakui pernah menerima ugutan di media sosial.

Tuhan masih sayangkan saya lagi. Mujur saya ubah rancangan pergi ke tempat servis kereta dahulu jika tidak mungkin perkara lebih buruk berlaku.

Sebelum ini pun saya pernah membuat laporan polis berhubung ugutan terbabit dan ada yang sudah ditahan polis.

Ujarnya lagi, ramai yang menginginkan dia untuk mati kerana beranggapan bahawa dia membawa ideologi anti-islam sehinggakan ramai yang membenci dirinya.

Tambah Siti Kasim, pelaku berkenaan memang berniat meletupkan bom itu secara cepat kerana meletakkan banyak bateri, tisu dan minyak di dalam botol.

Saya juga sudah selesai merakam keterangan kepada polis malam tadi dan berharap polis dapat segera menahan pelaku terbabit.

Terdahulu, polis mengesahkan pihak mereka telah menjumpai alat letupan termampat (IED) di bawah kereta milik aktivis itu.

Siti Kasim juga ada membuat siaran langsung Facebook di mana dia mendakwa keretanya telah diletakkan objek menyerupai bom.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lainpada pautan di bawah.

Menang saman guru tak hadir
1 year ago

Cikgu English Tak Masuk Mengajar 7 Bulan, Tiga Bekas Pelajar Menang Saman RM150k

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...