“Tuhan Juga Adalah Makhluk Halus Adalah Kenyataan Kufur..” – Dr MAZA

Hiburan

“Tuhan Juga Adalah Makhluk Halus Adalah Kenyataan Kufur..” – Dr MAZA

Sebelum ini, pengasas kek terkenal MamaSab iaitu Sabrina Norin telah memohon maaf di atas keterlanjurannya dalam mengeluarkan kenyataan di sebuah aplikasi Zoom, baru-baru ini.

Terbaru, Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin (MAZA) telah tampil memberi respon di laman Facebook berikutan video yang tular sehingga mencetuskan kekecohan di media sosial itu.

Advertisement

Ujar Dr MAZA, perkataan yang dikeluarkan usahawan kek itu adalah perkataan yang kufur dan makhluk adalah ‘yang diciptakan’.

 

Tambahnya lagi, jika perkataan itu disebut oleh seseorang yang sedar dan memahami maksudnya dalam keadaan sedar, maka seseorang itu telah terkeluar daripada Islam.

Maka, seseorang itu wajib bertaubat dan kembali mengucapkan syahadah.

Dalam pada itu, Mufti Perlis ini juga menyampaikan pesanan kepada sesiapa yang mengenali pengusaha kek itu supaya mengingatkannya untuk kembali bertaubat.

Klik pautan di bawah untuk melihat rakaman kenyataan pengusaha MamaSab yang tular di media sosial hari ini.

Mamasab Allah makhluk halus
2 years ago

Kenyataan “Allah Makhluk Halus”, Pengasas Kek MamaSab Mohon Maaf

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...