Tugu Askar Jepun Di Kedah Dianggap ‘Wira’?

Trending

Tugu Askar Jepun Di Kedah Dianggap ‘Wira’?

Sudah lupakah kita tentang sejarah Jepun yang menjajah Tanah Melayu suatu ketika dahulu? Pada ketika itu, nenek moyang kita terpaksa berkerah tenaga untuk menyara hidup ketika zaman Jepun sehinggakan ada yang terbunuh.

Pada 21 Mac lalu, satu majlis anjuran Pejabat Konsult Jepun dari Pulau Pinang dan Persatuan Sejarah Malaysia (Cawangan Kedah) serta Muzium Negeri Kedah mengadakan Majlis Perasmian Tugu ‘Wira’ Jepun di Alor Setar.

Advertisement


Kerajaan negeri tidak behasrat menjadikan tugu tiga askar Jepun di Alor Setar sebagai memorial mengenang ‘wira’ dan tidak membelanjakan wang untuk membina tugu tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Kedah, Mohd Asmirul berkata beliau dijemput untuk merasmikan majlis tersebut, namun tidak bermaksud kerajaan negeri bersetuju dengan perkataan yang digunakan untuk menggambarkan askar berkenaan sebagai wira.

Rata-rata pengkritik berhujah penjajah Jepun tidak sepatutnya diagung-agungkan sebagai wira.

Jelasnya lagi, hanya kesilapan teknikal sahaja perkataan ‘wira’ tersebut kerana orang kita tidak akan kata askar Jepun itu sebagai wira.

“Saya akan minta kontraktor perbetulkan dengan segera, kalau tulis askar Jepun tiada masalah, tapi mereka tulis wira. ”

Menurut batu tanda tiga bahasa bersebelahan dengan tapak tersebut, tugu peringatan ini bagi mengenang tindakan Komandan Platun Leftenan Hajima Asahi dan dua askar Jepun lain.

Alih-alih Jepun yang dianggap wira? Apa tidak ada tokoh tempatan lagikah yang nak diangkat sebagai wira? Bahkan ramai pejuang tempatan yang syahid tanpa dikenang dalam lipatan sejarah. Tapak tamadun tertua Melayu di negeri Kedah seperti Sungai Batu sampai sekarang tidak ada lagi khabar mengenainya.

Jika perkara ini tidak dititikberatkan oleh semua pihak, mungkin ada ramai bekas penjajah yang akan menuntut untuk membina tugu di negara kita. Diharapkan supaya peristiwa seperti ini tidak akan berulang.

 

Sumber: MalaysiaKini

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...