June 9th, 2016

Penghijrahan Stacy yang memeluk agam Islam pada tahun lepas mendapat perhatian ramai khususnya daripada peminat beliau.

Apabila Akim dan Stacy berkahwin, ramai yang menyimpan harapan tinggi untuk Akim terus membimbing Stacy untuk mendekati Islam dengan lebih mendalam.

Namun, ada sesetengah pihak yang kurang sabar dan melabelkan Akim sebagai suami yang dayus kerana membiarkan Stacy tidak berhijab meskipun sudah bergelar seorang Muslim kini.

Jelas Akim, ia bukanlah tugas yang mudah untuk membimbing saudara baru didalam Islam dan orang ramai janganlah hanya tahu menghina mereka.  Akim meminta agar orang lain memahami situasi tersebut dan memberikan Stacy sedikit ruang dan serta masa.

Saya tahu ada pihak yang mendakwa bahawa saya seorang suami yang dayus kerana tidak menyuruh Stacy berhijab setelah beliau memeluk Islam. Bagi saya tohmahan sebegitu tiada asasnya kerana sebagai saudara baru dalam Islam, masih banyak yang perlu dia pelajari. Benar bertudung adalah tuntutan untuk wanita Islam, namun berilah Stacy masa.

Tugas saya untuk mendidik dan membimbing Stacy mendalami agama Islam bukanlah sesuatu yang mudah. Janganlah sewenang-wenangnya melemparkan kata cacian yang tidak berasas kepada kami.

Stacy masih lagi baru ingin mengenali Islam dengan lebih baik dan masih banyak lagi perkara yang beliau harus fahami. Tidak boleh terburu-buru dalam sesuatu perkara dan biar tahu erti sebenar Islam dan berhijab dengan hati yang terbuka.

Sumber Berita : BH PLUS

 


Comments are closed.

Loading...