Baru-baru ini, pembantu peribadi kepada usahawan kosmetik Datuk Seri Vida (DSV) iaitu Diyla memaklumkan dirinya kini sudah bergelar penyanyi tanpa pengetahuan majikannya itu.
Menurut laporan Mstar, Diyla tampil dengan single pertama berjudul Khilaf duet bersama TikToker, Faiz Aizif.
Malah, Diyla memaklumkan dia telah bekerja bersama DSV sudah hampir 12 tahun dan kini nekad untuk menceburi bidang nyanyian kerana ianya merupakan minatnya sejak dahulu lagi.
Masa saya buat lagu ni pun Datuk memang tak tahu apa-apa, saya rahsiakan dulu sebab saya masih bekerja dengan Datuk.
@_diylajazz ??#BangBangBang #tiktoktrends2018sticker #diylajazz #tiktok #esekeli #fypage #fyp
Sekarang ni masa yang tepat untuk saya lebih kedepan. Saya berterima kasih kepada Datuk kerana beri peluang saya bersama dengan Datuk selama 12 tahun.
Menurut Diyla, dia mengambil masa yang lama untuk berfikir kerana masih sayangkan pekerjaan dan majikannya namun merasakan dirinya sudah bersedia untuk mengejar impian sebagai penyanyi.
Sejujurnya tak terdetik pun nak tikam atau betray Datuk, sebab Datuk adalah seorang yang sangat baik bagi saya, banya membantu. Ini masa untuk saya diberi ruang.
@_diylajazz ?? #diylajazz #fypdongggggggg #tiktokmalaysia #esekeli #tiktok #fypage #fyp #viral #xyzbca
Namun, apa yang lebih mengejutkan orang ramai ialah penampilan terkini Diyla yang kini dilihat free hair dan tidak lagi berhijab.
Sebenarnya dekat luar saya memang free hair, saya pakai tudung bila bekerja sahaja sebab saya kena jaga nama Datuk. Tapi untuk lagu ni, saya pilih untuk jadi diri sendiri.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen telah mempersoalkan tindakan Diyla membuka hijab.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.