Baru-baru ini penyanyi, Nabila Razali memuat naik video di Instagram sedang menyanyikan lagu My Heart bersama Khai Bahar.
Menerusi entri tersebut, pelantun lagu Peluang Kedua itu meraih pujian ramai kerana kemajuan yang ditunjukkan dalam nyanyiannya.
Walau bagaimanapun, apa yang mendapat perhatian adalah cara pemakaian tudung Nabila yang dianggap tidak menutup aurat secara sempurna.
Hasil tinjauan di ruangan komen, rata-rata netizen mengambil peluang untuk mengkritik cara pemakaian hijab yang digayakan oleh Nabila.
“Rimas tengok tudungnya,” kata seorang warganet.
“Nyanyian dah improve…Tudung pun please improve ye,” ujar seorang lagi pengikut.
Terdahulu, Nabila Razali pernah ditegur berkaitan aurat apabila membuat hantaran yang menampakkan bahagian lehernya yang dianggap tidak sesuai dengan imej berhijab.