July 3rd, 2015

Resam produk popular, pasti mendapat perhatian dan versi tiruan produk itu pasti dikeluarkan di pasaran oleh pihak tidak bertanggungjawab. Itulah yang terjadi kepada tudung Naelofar Hijab yang dikeluarkan oleh Neelofa. Ramai mendakwa tudung ini beserta tag jenama Naelofar boleh didapati di Vietnam dengan harga yang lebih murah. Siap ada yang berpesan kepada rakan-rakan yang bercuti ke sana untuk membeli tudung-tudung itu.

Terdapat khabar angin yang disebarkan oleh pihak tertentu bahawa tudung tersebut dijahit di Vietnam menyebabkan penjual di sana turut mengambil kesempatan menjual tudung tersebut dengan harga yang lebih murah.
 photo 11356859_946738292043969_2142517333_n.jpg

Melalui mStar Online, Neelofa bagaimanapun menafikan bahawa tudung itu pernah dijahit di sana. Sebaliknya ia 100% hasil kerja rakyat tempatan.

Kebanyakkan produk tiruan Naelofar Hijab dibuat dari Vietnam manakala yang asli adalah sepenuhnya hasil kerja rakyat tempatan.

Kadang-kadang pelanggan pun terkeliru dan tertipu kerana membeli secara online tetapi perbandingan kualiti dan jenis fabrik digunakan adalah berbeza.

 photo 11378480_780456585405027_915647468_n.jpg
Tambahnya, dia mempunyai pasukan khas yang mengenal pasti dan bertindak terhadap peniaga yang menggunakan gambarnya bagi promosi tudung tiruan.

Kami di Naelofar Hijab mempunyai pasukan khas untuk mengenal pasti pihak-pihak yang menjual produk ‘ciplak’ selain menggunakan nama dan wajah saya bagi memperdaya orang ramai.

Setakat ini kami telah mengambil tindakan terhadap beberapa peniaga yang melakukan perbuatan tersebut.

Ujarnya 13 koleksi Raya Naelofar Hjab telah dihasilkan menerusi 30 warna khusus untuk pelanggan. Ia telah habis dijual dalam masa tidak sampai 15 minit kepada stokis sebaik sahaja ia dibuka untuk tempahan baru-baru ini. Tudung keluaran Neelofa juga khabarnya akan dijual di 21 negara.

Produk yang baik pastinya akan mendapat sambutan ramai. Diharap Neelofa akan terus sukses dalam bidang diceburi.

[email protected] hujung minggu ini! Mari kita Solat Terawih Perdana & Rakaman Takbir Raya pada Sabtu 4 Julai ini secara langsung…

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Monday, 29 June 2015


Comments are closed.

Loading...