“Tudung Labuh Macam Ni?” – Makcik Curi Beg Tangan Letak Dalam Troli, Bila Kantoi Mengamuk Cakap Pasal ‘Attitude’

Kehidupan

“Tudung Labuh Macam Ni?” – Makcik Curi Beg Tangan Letak Dalam Troli, Bila Kantoi Mengamuk Cakap Pasal ‘Attitude’

Perkongsian seorang lelaki tentang seorang wanita bertudung yang mencurigakan ini meraih perhatian ramai warganet di Twitter.

Menerusi hantaran tersebut, dia berpesan kepada orang ramai untuk berhati-hati dengan wanita pertengahan usia itu kerana didapati mencuri beg tangan.

Advertisement

Wanita tersebut menggunakan taktik menolak troli pasar raya ke dalam outlet kedai Charles & Keith yang mempunyai beg besar berwarna merah di dalamnya.

Satu rakaman turut dimuat naik menunjukkan wanita itu naik angin dan marah pekerja kedai terbabit selepas perbuatannya kantoi.

Dia turut mendakwa wanita tersebut pernah melakukan modus operandi tersebut di dua pusat membeli belah terkenal, One Utama dan The Curve.

Bukan itu sahaja, selepas mencuri beg tangan dari kedai,  wanita tersebut terus pergi membeli belah di pasar raya dalam mall itu.

Difahamkan, wanita itu disuruh membayar jumlah barang yang dicuri namun beg tangan tersebut tidak diberikan kerana ia sudah menjadi kes curi.

Malah, kedai lain juga dikatakan turut mempunyai bukti rakaman di dalam kedai menunjukkan wanita yang sama mencuri.

Rata-rata warganet yang menonton video tersebut meluahkan rasa geram terhadap wanita terbabit kerana bersikap defensive dan memarahi staf sedangkan dia yang kantoi mencuri.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 years ago

"Terus Bagi Balik" - Kesan Lokasi Telefon Bimbit Yang Dicuri, Mekyun Bawa Polis Terus Pergi Rumah Pencuri

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...